SK KEM SKRANG

SK KEM SKRANG
Blok Pentadbiran

Tuesday 1 July 2014

LATAR BELAKANG SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Kem Skrang yang terdahulunya dikenali sebagai Sekolah Rendah Kerajaan Scheme Skrang mendapat namanya sempena dengan skim penanaman getah yang terdapat di kawasan berhampiran. Sekolah ini telah dibina sekitar tahun 1963 dan mula beroperasi setahun selepas itu, iaitu pada tahun 1964. Sekolah ini dimulakan dengan memperkenalkan kelas darjah satu terlebih dahulu. Guru besar yang pertama bertugas di sekolah ini dikenali sebagai Encik Norman Rundu Pilok yang bertugas sehingga tahun 1967 di sekolah ini.
Pada ketika itu, SK Kem Skrang adalah di bawah seliaan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Sri Aman. Namun demikian, pada akhir tahun 2004, SK Kem Skrang telah diserahkan kepada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Lubok Antu atau kini dikenali sebagai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Lubok Antu atas faktor lokasi sekolah ini yang terletak berhampiran dengan Pejabat Pendidikan Daerah Lubok Antu bagi memudahkan segala urusan pentadbiran.
Lokasi sekolah ini yang terletak di pinggir jalan raya utama Betong- Sri Aman yang merupakan laluan utama bagi menghubungkan bandar-bandar seperti Miri, Bintulu, Sibu dan sebagainya dengan bandar Kuching. Sekolah ini terdiri daripada sebuah blok pentadbiran, sebuah bangunan kelas, sebuah bangunan asrama, sebuah gelanggang serbaguna dan padang bola sepak, dua prasekolah, kuarters guru, sebuah dewan makan serta sebuah pondok jaga. 

No comments:

Post a Comment